Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, February 22, 2010

membina masjid (wahhh!)


 
gambar adelah sekadar hiasan
                            


Konflik Kahwin Ketika Belajar

Ramai yang memandang dari sudut yang pesimis apabila diajukan persoalan kahwin ketika masih belajar. Alasan-alasan yang popular adalah takut study terganggu, takut tak dapat fokus pada peperiksaan, takut jatuh pointer dan macam-macam lagi. Sedangkan pelbagai dugaan dan ranjau telah dilalui selama ini ketika menongkah naik memanjat tangga universiti hinggalah ke peringkat lebih tinggi. Mengapa tidak digalakkan pula nikah ketika belajar?

Ada beberapa sebab utama:

1. Apabila sudah kahwin, dengan automatiknya tanggungjawab bertambah. Iya ini benar, tetapi sedarkah semakin dewasa memang semakin bertambah dengan sendiri pun tanggungjawab itu. Oh, adakah kerana tidak bersedia? Jadi, bilakah waktunya dikatakan ’sudah bersedia’? Apabila sudah ada kerja, sudah ada gaji, sudah ada kereta dan rumah? Adakah itu yang dikatakan ‘bersedia’ ?

2. Alasan keibu-bapaan. Ramai ibu bapa malah mungkin 99% ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka berkahwin selagi tidak tamat pelajaran. Kena tunggu sampai habis diploma la, habis degree la, habis master la. Kenapa perlu bertempoh? Dalam kitab fiqh disebut dua perkara yang harus disegerakan dalam Islam; mengurus jenazah dan pernikahan. Kenapa bila anak kata nak bernikah, kenapa kita harus halang? Kenapa ibu-bapa tidak boleh pandang dari sudut positif yang paling dalam? “Nak bagi makan apa anak dara orang? Makan pasir?” Siapa kita untuk mengatakan sebegitu? Malah, Allah membuka pintu rezeki orang yang bernikah kerana dengan nikah dapat menghalang penzinaan dan menutup pintu2 maksiat antara bukan mahram.
Lupakah kita pada firman Allah? :

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #32)

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #25)

Nah, Allah sendiri memberi janji baikNya kepada mereka yang bertaqwa. Bernikah boleh meningkatkan iman seseorang, bernikah boleh menjadikan seseorang itu soleh dan solehah! Malah hati menjadi lebih tenang untuk beribadat pada Allah. Kenapa pula Allah takkan buka pintu rezeki pada orang-orang yang nak membaiki diri dan agamanya? Fikirlah wahai ibu bapa sekalian. Rezeki bukanlah di tanganmu, tapi di tangan Al-Khaaliq!

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #100)

3. Pernikahan juga harus dilihat dari dimensi hijrah seorang muslim. Hijrah dari jahil kepada nur. Hijrah, tidak ingin lagi pada kemaksiatan remaja dan lagha. Hijrah, ingin salurkan nafsu syahwat pada saluran yang halal dan betul malah dapat pahala lagi. Hijrah, tidak mahu lagi hidup muda yang berfoya-foya dan berseronok. Perkahwinan juga adalah hijrah di jalan Allah. Jadi, para ibu bapa bukalah mata luas-luas, tukar persepsi anda itu yang berdegil ( degil ertinya menegakkan yang batil ) tidak membenarkan anak berkahwin. Jika anak anda menghampiri zina dan sebagainya di belakang anda, siapa yang bersalah? Bukankah Allah dah peringatkan di dalam kalamNya dengan pelbagai peringatan? Istiqomahlah, jangan degil.

4. Ibu bapa juga salah persepsi apabila memikirkan setelah sahaja anak-anak berkahwin, hubungan antara parents dan anak-anak terputus atau renggang. Tidak boleh lagi menegur dan berjumpa seperti biasa. Ini adalah pandangan yang silap. Anak-anak yang sudah berkahwin juga patut mengubah cara hidup yang songsang ni. Apabila sudah berkahwin pun, “birrul waalidaini” itu terus menerus sehinggalah ke akhir hayat tidak kira lelaki mahupun perempuan. Betullah perempuan itu adalah hak suaminya apabila sudah berkahwin, tetapi hak antara anak dan parents tetap tidak terputus. Hak tetap hak. Bukan diabaikan terus sepenuhnya hak tersebut.

5. Fakta kes, ibu bapa tidak menyakini potensi anak-anak remaja mereka yang masih muda dan mahu berkahwin. Sedangkan ibu bapa patut sedar, masa muda remaja anak-anak inilah mereka masih bersemangat dan terus bersemangat untuk membaiki diri serta membuktikan mereka boleh bertanggungjawab. Kalau iya pun, berilah syarat dan tunjuk ajar kepada mereka supaya mereka lebih memahami kehidupan berumahtangga. Jangan kondem terus. Cth syarat, “boleh kahwin, tapi mak nak kamu buktikan dalam tempoh sekian-sekian kamu dapat kejayaan dalam pelajaran dan bantu juga pasangan kamu berjaya sama, malah buktikan kamu dapat beli keperluan berumahtangga dalam tempoh sekian-sekian.”

6. Seterusnya, alasan paling regular apabila sebut tentang kahwin muda adalah takut cepat dapat anak. Adanya anak nanti akan mengganggu gugat fokus pada study. Ini saya tak nafikan di mana masa akan menjadi lebih rumit dan kompleks, mana nak bahagi masa untuk study lagi nak jaga anak sakit lagi, nak beli susu anak lagi. Tapi, tidak mustahil rancang dulu tentang anak ini betul-betul. Tetapkan dalam tempoh study ni, kalau boleh tak mahu ada anak lagi..mahu berkasih-sayang dulu dengan isteri puas-puas. Ramai sahaja yang merancang rumahtangga, ini tersangatlah elok andai kedua-dua tidak mampu jaga anak semasa study. Namun, ada juga yang mengatakan walaupun susah jaga anak masa study, tapi ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Malah ramai sahaja yang berjaya dengan cemerlang berkat inspirasi anak-anak, isteri dan suami masing-masing. See, Allah tolong kita jika kita di jalan yang betul. Apa yang harus dihalang adalah couple yang bertujuan untuk berseronok-seronok sahaja. Couple dewasa kini hanyalah untuk mengenali hati budi sahaja, apabila tidak sesuai berlakulah perpisahan antara pasangan kekasih. Ini adalah bertentangan sekali dengan syarak yang membenarkan mengenali pasangan terlebih dahulu tetapi adalah ke jalan perkahwinan. Bukan untuk berseronok semata-mata.

7. Soal nafkah dan kerja juga menjadi soal utama yang dipersoalkan. Biasanya lelaki akan dipersoal bakal mentua atau keluarga sendiri. Kerja apa, macam mana nak sara keluarga nanti. Sebaiknya lelaki ada sedikit bekalan untuk menyara si isteri sepanjang tempoh belajar. Tidak lama, habis lama belajar pun 4 tahun sahaja. Takkan tidak boleh bertahan kot selama waktu tersebut. Pandai-pandailah berjimat untuk menyara isteri. Keluarga memainkan peranan penting juga, kalau boleh..fahamilah dan bantu anak kita tu sikit2 dari segi kewangan. Tak perlu banyak pun, bukannya nak tanggung sepuluh orang. Hanya dua orang je. Jadi, kalau boleh sama-samalah tolong menolong ke jalan kebaikan ni.

jadi apakah pendapat anda???
sumber : penaarisha


p/s---> layan lagu "ketika cinta bertasbih". 

3 comments:

  1. kahwinlah masa bila pun, kalau dah namanya suami isteri masing2 akan pandai ejas diri. rezeki ada dimana2 ja. yang dah keja pun dlm perkahwinan ada pasang surutnya. duit tak cukup..perkara biasa dlm rumahtangga. tp tuhan tu sentiasa bukak pintu rezeki kalau kita sabar dan yakin denganNya.

    takdak masalah pun kahwin masa belajar. ramai dah berjaya. malah lebih berjaya dr yang kahwin slps belajar. my ex supervisor dipaksa kahwin lg dgn pak mertua. sewa bilik ja..dgn wife dgn baby...tp skrg dah bahagia..dah kaya pun!

    ReplyDelete
  2. tahniah utk saudari..
    Nukilan yang cukup mendalam.

    =)

    terpana seketika...
    menganalisis...
    moga dibukakan hidayah untuk mereka yang memerlukannya.

    =0

    ReplyDelete

comment anda amat dihargai.tq