Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

[REVIEW] Beaba Multi-Portions


**ok, stress dengan new blogger interface nih. argghhhh. kami tak suka pembaharuan!**


Salam all. today imma gonna review on my latest favorite baby's stuff (mom's stuff actually),
tadaaaaaa 
Beaba Multi-Portions baby's food storange.


 and mine of course the purple one. always be my fav. hiks.
this storage is really good and worth to buy.
i got this one from e-bay at GBP 10 (RM 50). I know it's a bit expensive but trust me it really helps u
esp when u have to make a batch of baby's food in one time.
*kalu kat Malaysia, RM 90++ * berpeluh gak tuh


*The Multiportions are made of seven individual portions of ¼ cup (60 ml) each. perfect amount for Umar for the time being.
*These lightweight storage containers are freezer, microwave and dishwasher safe
*And, they're made of silicone, so they are BPA free.yeayyy!
* Easy to pop-out the frozen food (coz they're made of silicone)
* Clear lid to cover the food. to avoid bad odor from other stuff in freezer



what u have to do is cook the yummiest food/puree for your little one,
pour into Beaba Multi-portions food storage, cover with lid, keep in the freezer.

and when you need to wean your baby , simply take out the cover lid and pop the food out
like this

oooowhhh. so easyyyyyyyyyy. i know!
*pic credit to google*

and this is mine with Umar's new favorite food.




 ok, see u in the next post. toodaloo



Wednesday, August 29, 2012

Happy 26th Birthday sayang

salam uolsss,
hari nih nk update bout my hubby birthday celeb
kecil kecilan jerh.
huuu
pavlova & baked pasta with white sauce.


What's the best gift I could give you on your Birthday today? A loving hug? A few buckets of love? A bouquet of affection? Even all of this put together as your Birthday gift wouldn't be enough, because you are so dear to me. Happy Birthday to the most special person in my life.as we travel the way of life, my love for you grows stronger every day. May your Birthday shimmer with all of the colors you dream of.
HAPPY BIRTHDAY!

love you to bits; wifey yg somel

Raya tak habis lagi

Monday, July 2, 2012

RESEPI MUDAH. kek pisang gebusss!

haaa..atas permintaan ramai..(chewaaah!) CPM nak kongsi satu resepi
yg senang lg cepat nak buat. khas untuk makan2 family di waktu petang.
yang penting,sedapppppp!

tadaaa!
BANANA KEK GEBUS!

-ingredients-

1. pisang ( 3 bijik )- nak lebih pon boleyh. tp pisang kat UK besor2,so 3 da cukup.
2. tepung gandum ( 4 cawan )
3. 1 t/s soda bikarbonat
4. 1 t/s baking powder
5. gula (2 cawan )
6. telur ayam (4 biji )
7. garam secukup rase
8. minyak masak (2 cawan )

*resepi nih untuk cake tin saiz 8" tau, kalau nak size kecik, kurangkan separuh bahannye yer*


jom blajar!
  firstly, sediakan bahan laa ye! and makesure pre-heat the oven 180 degree!


secondly, lenyeks2 pisang! xhancur sangat pon xpe.


 thirdly, pukul telur dan gula dengan mixer sampai kembang!
guna minimum speed ye!


 then, masukkan pisang lenyek tadi dan pukul lagi sampai gebu.


 after that, masukkan tepung yg telah digaul dengan soda bikarbonat,
baking powder dan garam.
sedikit demi sedikit ye. masuk sikit, pukul,then masuk sikit, pukul lagi and ulang sampai habis


dah siap, texturenye akan jadi camnih...
pekat sikit

  
then, masukkan minyak masak dan kacau dengan sudu/spatula/senduk dengan rata


lastly, masukkan dalam loyang,xpayah gris pon xpe sebab dah ade minyak!


 masukkan dlm oven ye dik non!
masak sehingga 40 mnt ke 1 jam lamanye! 


 makesure test dengan garfu/toothpick untuk test da msk ke blom.
tadaaaaa!!


gebus tak ? gebus tak? gebus macam tuannye..hadoiii.

 yum2! encik zul cakap sedap uolsssss!

apelagi,jom le rerajinkan diri uolsss~
suami suka anakpon setuju
aiceh!

Wednesday, September 21, 2011

menggedix sejenak !



Salam Alaik.
dek kerana lame bebenor tak menghapdate blog kesayangan hamba ini,,
daku telah membuat kesilapan besar iaitu menggodak-godak  blog
sana dan sini situ dan sinun.

dan dek kerana cik puan lame xhapdate jugak lah..
cik puan tak tahu yg blogger dah tukar setting baru.
maka terkial-kial lah cik puan sebentar!
dan cik puan juge telah meng-klik button itu dan ini situ dan sini tanpa sebarang bekap! *tahniah kpd diri sendiri.. wakakaka*

tadaaaaaa..


toodiaaa blog cik puan haru biru habaq hang..
serabut cik puan membikin atau name saintifiknye "re-branding" blog cik puan ini
*chewahhhhhh ayat*

maka, dgn gedik tak hengatnya, cik puan memilih
polkadot pinkish minkish menjadi theme blog cik puan kali ini.
* hahaha..mmg gedix *

terime jelaaaa..


p/s- cik puan suke theme baru blog ini!! shomellllll :) siyap ade countdown utk baby lagik! suke3 :)

Saturday, June 25, 2011

mee goreng + mussel yummmmeeeyhhh!


. salam .
phewww! baru pulang dari membeli belah barang-barang dapur bersama encik jiwa intan payung pengarang hati jantung meletop-letop kebabom <--- tgk syg how much i luv you, nampak x ? nampak x? hahaha.
dek kerana terlalu kusyuk membeli belahdi pasaraya Tesco itu, sebanyak GBP 56  telah dibelanjakan. dan menurut resit, kami telah save sebanyak GBP 12!! wah bagus kan Tesco?!

upssl, tunggu dulu kak kak siti dan abang abang mat,

jangan  tepuk dulu. Aku still tak boleh menerima kata-kata encik jiwa yang mengeluarkan statement
" janganlaa convert ke duit Malaysia, nnti tak makan apa-apa laa jawabnya ."
tapi jiwa dan perasaan ini tetap meronta-ronta. ye laa kalau kat tesco penang, lagi tak cukup seratus harga barang jangan balik. haa, ini baru 56. kire murah wooo! aku terus membuka yahoo finance laa macam biasa

tadaaa


 haa.amek kau RM 272.12 ye anak-anak mak sekalian .kalau kat USM dulu banyak ni dah boleh gi Queensbay tgk wayang 272 cerita. buang tabiat ape nak tgk sampai 272 cerita? haa, boleh soping sampai lebam habaq hang! 

meh kite list sket ape yang kite beli sampai banyak sangat tu.

roti, pita wraps, telor, nutella, mayonaise, cereals, cili merah, ayam segar, BBQ marinated chicken, mee, meehoon, potatoes, choc milk, ice-cream, shower gel, orangejuice, pisang, mixfruits,santan, cooking oil , cl***rb**e (usah ditanya ape ini), dannnnnnnnnn iniiiiii..



kalau korang bace entri ni, mesti korang tau kisah die. semenjak dua menjak ni, aku suke sgt minum carbonated drink. padahal lame dah tak minum. sebab abah aku tak bagi. huh! ape pon tak boleh!
bagi menunjukkan rase sayang dan chenta terhadap ishtrinya yg jelita itu, encik jiwa telah membelikan saye bukan satu tapi 16 tin ayaq pepsi habag hang!terbaik dari ladang!


wah3,serunuk weyhhhh.bukan takat minum ,nak wat mandi pon boleh. kakakaka.
siapa kata encik jiwa sweet dan romantik? sile angkat tangan!

walhal
BUY 1 SET- 8 x 330 ml (GBP 3.59) FREE 1 SET-8 x330 ml

gelak arr tuh?? gelak arr tuh?? tak kesah laa
janji encik jiwa belikan aku 16 tin pepsi
korang ado?
nan hadoooooo.

p/s - semalam dahi benjol,hari ni kaki tershepit..nasib nasib
haa. mee goreng + mussel?? mmg laa xde lagi. nie nak gi masak laa nie.. saba laa

Thursday, June 23, 2011

semalam ada dua perompak! oh

umaang aihhh. penat sakan sampai lupa nak bagi salam. SALAM ALAIK semua. dek kerana aku taksub dan berfikiran agak hiperbola pagi ini aku menaip dengan berhati takut-takut encik jiwa bangun. kesian beliau. semalam aku dan encik jiwa berjalan-jalan menyusuri gelap malam. mengusung sebuah beg yang maha berat. entah apa isinya, biar kami berdua saja yang tahu. chet, poyo ko wanjan!

haha.senang citer kitorang mahu membasoh baju stok 3 minggu.kakakaka.ok stop! jangan bahan dulu ok! aku bukan malas tetapi kedai dobi yang paling dekat dengan tempat kediaman adelah berjarak 3 kilometer perjalanan kaki. tu baru kaki aku, kalau kaki lain aku tak tau menahu.

opss nnti.jangan bahan lagi!! mesti korang tny apsal tak basuh manual saje? suka saya ingatkan disini bahwa tiada tempat membasuh baju atau tempat menyidai baju disediakan disini. bukan aku taknak or malas basuh, malahan sifat keistrian aku meronta-ronta tiap -tiap hari nak basuh baju-baju tersebut. apakan daya niat suciku terhalang <---- lalalalala =)

berbekalkan lundrete debit card (perghh..bayar online tuh) kami tanpa segan silunye menggunakan 3 mesin basuh dan 2 bijik dryer. nak tunjuk kat customer lain yang kitorang kaya. kaya baju busuk sebenarnye. takyah nak bangge sangat wanjan!huhuhu.dah mesin-mesin tersebut mengambil masa 72min tiap satu untuk berputar. perghh! berjalanlah kaki semula ke tempat kediaman. agak2 kurus tak aku malam nih?

dan, sifat kegedikan aku mula teserlah apabila aku meminta encik jiwa membelikan aku setin cuma ayaq pepsi atau coke. sesekali ku rasa teringinnnn melewati hatimu yang dinginnnnn! nyanyi pulok! dan kesemua mesin gedegang telah membuat mogokan beramai2 ,semua out of service. deng!

demi ishtri tercinta dan yang cantik jelita itu, encik jiwa meneruskan perjalanan mencari mesin gedegang seterusnya untuk mencoba nasib.deng again! kali ini encik jiwa dirompak! ahhh tidak, sudahlah dahaga, berjalan jauh, coke xdapat, duit pula dirompak. mesin gedegang yang tidak berperikemesinan itu telah merompak harta suamiku sebanyak 1 pound! memanglaa 1 pound jer. tapi aku mule mengire-ngire dan convert ke ringgit Malaysia.

British Pound (GBP)
GBP£ 1£ 5£ 10£ 50£ 100£ 250£ 500
MYRRM 4.86RM 24.31RM 48.63RM 243.15RM 486.29RM 1215.74RM 2431.47

( bukti kukuh nih! muka baik suci takkan tipu pulak)

** oh. mesin itu merompak RM 4.86 dari kami. kalau kat Malaysia, mesti sudah kucarutkan mesin itu. ishh!
nate mung!!

** dan jika situasi ini berlaku di indonesia pula, sudah pasti aku pengsan kerana lebih kurang Rp 13789.37 ku dirampok begitu sahaja. tripple deng!

British Pound (GBP)
GBP£ 1£ 5£ 10£ 50£ 100£ 250£ 500
IDRRp 13789.37Rp 68946.86Rp 137893.72Rp 689468.62Rp 1378937.24Rp 3447343.11Rp 6894686.22



















notakaki - walaupon begitu, encik jiwa telah membuktikan sayangnye kepada ishtrinya yang jelita itu dengan mencari bukan satu malah 2 botol coke! thnks dear. u are  sweeter than i thought! kamu sudaa merompak hati saye. rompaklah daku banyak-banyak , i suke!sumber  daripada encik yahoo! finance .




































































































Monday, June 20, 2011

maafkan aku Zanna Azaman..

salam. ketika entri ini giat ditulis aku sedang menikmati diet coke dan i'm a jam doughnut monster.(padahal donat gule ade filling jem je pon) gile panjang laa name doughnut dier. tanpa ditemani suami yang pagi2 bute lagi ke London melawat rumah mahkota k******n. <----terbaek laa

dan ketika entri ini ditulis jugalah, 2 ekor tupai besar sedang melumpat dengan cerianya di luar bilik aku ini. wah3,kemain lagi ko xajak aku join skali.buhsan sungguh hidup bersendirian di bilik ini.

sebelum aku melalut lebih lame ,izinkan daku bercerita tentang lawatan aku ke suatu tempat yang membuatkan aku feeling2 princess naik kuda putih ditemani prince charmingnyaaaaa.. 


WARWICK CASTLE!!!!


perghhh..santek siyot castle die.masuk pintu gerbang je dah bunyi music ala ala citer merlin.
tau tak merlin?alaaa si warrior hebat kawan prince arthur tuh??
anda kenal? anda kenal ? tapi saya pasti Zanna Azaman kompom kenal jantan ini.
zanna, sile jangan jeles...kikikiki.


haa..tgk background kat blakang gamba tuh.itulaa warwick castle. terletak 8 batu perjalanan naik kereta atau bas dari stratford upon-Avon. (yang ni aku gugel..geografi malaysia pon xhengat nak hafal yang sini pule). pffftttt je!
 kalu jalan kaki aku xtau.  motor? jgn harap lah!  uk xde motor.serius! hihihi..

santek sangat castle dier.sejuk dan very historical. mat2 salleh kat sini still jage value dier. worker2 pulak attire cam warriors zaman dolu2 kala. this is best bro! and warwick castle nie laa citer merlin tu berasal. haaa..


dan ini adelah fenomena dimana sangatlaa ramai orang2 beratur nak masuk Merlin's Dragon Castle!
14 GBP per head jugaa laa mau masuk sini. kire2 kalau duit Malaysia (70 hengget) .
ok sile tutup mulut anda yang ternganga itu.saya tahu mahal dan saya juga xkuasa nak masuk! 

setelah berjalan2, kami masuk ke sini
ohoo..kecik laa pulak.nampakkah yg dibelakang itu?? nak besar klik gambar ye. Prisoners Walk.
seram nak mapuh dalam nih. since 1471, banduan disumbat kat dalm bilik bwh tanah. seram dowh.gelap semacam and scaryyyyy..


yang nie sangkar besi. gantung orang dalam tuh. pastu sesape datang boleh kelar kelar je ngn pedang. giler ahh.. dan sesape yangdihukum kat sini xbley escape sampai laa mati.
ouchhh!


ini pule gambar orang kene kurung dalam sangkar besi.. aaaa..kalau korang perhati betul2 bleh nampak rangsa manusia dalam tuh.. hoishh

ini pulak KINGMAKER.


disini banyak patung2 lilin yang maha real macam orang betul menunjukkan gaya hidup orang orang dalam istana zaman dahulu kala.bermula dengan kasta terendah sampai laa ketahap yang paling tinggi.

ini pula laluan masuk ke Dungeon dan survenir shop
"ENTER HERE ALL YA SINNERS"
maka dengan itu kami tak masuk..kakakaka..ngeng!

kami pergi memanjat ini pula sambil feeling2  Lord of the rings


dari puncak tower ini, kami nampak ini. wahhhhh!

dan kami feeling2 the cronicles of narnia pulaaa walaupon xdak snow..
pon boleyyy!

sebelum pulang, sempat laa tgk pertunjukan hebat abg robinhood memanah, pokcik encem dengan helangnye serta pertunjukan Trebuchet yang nampak ganas tapi secoet je fireball tu terbang..adeshhh!





dan adelah menjadi kebiasaan apabila ketempat sebegini.. mesti jua mau feeling2 hidup dizaman ini.. maka,
tadaaaaaaaaaa..

tak dapat jadi king and queen, jadi prisoner kene potong itu kapparaaaa pon sudaa memadai  =)

off with his headdddddd!!!

p/s - more pictures click here