Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Tuesday, March 9, 2010

cousin ku suda femes!!!

credit to : UTUSAN MALAYSIA
22 NOV 2009..

Oleh ROSLI MANAH
(rosli456@yahoo.com)
Foto ZAKARIA IDRIS

 dulu ko kecik jah.. skrg da jd malek nor..haishhh~

 
pencarian kacak bergaya 2010- top 20

SETAHUN lalu susuk tubuh Wan Mohd. Zachry Raja Zulkifli tidak sasa sebagaimana hari ini. Hanya dalam masa setahun beliau berjaya membentuk otot-otot badan agar kelihatan lebih maskulin.
Bukan mahu menyertai mana-mana pertandingan bina badan, sebaliknya sekadar mahu menjadi lebih yakin dan mengamalkan kehidupan cara sihat. Sekarang aktiviti di gimnasium menjadi rutin utama hidupnya.
“Dulu badan saya bukan macam ini, tapi apabila saya kerap mengikut kawan yang aktif dalam sukan bina badan, saya teruja untuk memiliki tubuh seperti mereka.
“Sejak setahun lalu saya mula aktif di gimnasium serta mengambil pemakanan tambahan untuk memastikan terbinanya otot-otot badan selepas senaman dilakukan.
“Saya banyak berhabis juga untuk memiliki badan seperti sekarang. Saya ada juga gunakan wang pinjaman pengajian untuk membeli makanan tambahan serta vitamin yang diperlukan.
“Tapi tidaklah sampai membantutkan kewangan untuk kegunaan pelajaran. Saya berjimat terhadap penggunaan lain,” kata Zack kepada Pancaindera.
Zack tidak menganggap seseorang yang memiliki susuk badan yang sasa sebagai kelebihan untuk memikat, malah beliau tidak pernah terfikir ke arah itu.
“Saya rasa sama sahaja dulu atau sekarang kalau ada beza pun, saya rasa lebih yakin apabila berdiri di hadapan orang ramai.
“Tujuan saya hanyalah mahu memiliki tubuh yang sihat sahaja dan badan yang berotot, tapi bukanlah macam ahli bina badan. Apabila kita selalu ke gimnasium, badan kita pun akan jadi sihat,” katanya lagi.
Malah penyertaan dalam Pencarian kacak Bergaya juga bukan dibuatnya sendiri sebaliknya seorang rakan rapat yang menolong.
“Ada kawan saya tanya sama ada saya berminat menyertai pertandingan ini. Saya malu pada mulanya dan tak memberikan kata putus, tapi dalam diam-diam rakan saya menghantar gambar dan biodata kepada pihak Pancaindera.
“Kawan saya ada beritahu dia telah menghantar biodata dan gambar saya kepada pihak Pancaindera. Pada masa itu saya tak beri apa-apa reaksi pun, tapi setelah dapat panggilan daripada pihak Pancaindera, terus saya jadi teruja.
“Saya terkejut juga dapat panggilan dariapda pihak Pancaindera dan rasa seperti tidak percaya yang saya terpilih menghiasi ruangan popular untuk muka-muka baru ini.
“Sebenarnya saya tak pernah bergambar dan beraksi di hadapan jurugambar profesional. Kalau ada pun hanyalah bergambar untuk gambar pasport sahaja. Sekarang saya perlu beraksi.
“Memang kekok pada mulanya, tapi lama-kelamaan rasa seronok pula. Apabila dapat peluang ini saya bersedia untuk mencuba nasib dalam bidang peragaan,” jelas Zack yang sedang menamatkan pengajian dalam bidang pelancongan di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Pulau Pinang.
Zack juga berhasrat menyambung pengajian ke peringat lebih tinggi apabila menerima diploma tahun depan. Beliau juga meninjau peluang pekerjaan dalam bidang pelancongan.
“Saya rancang mahu sambung pengajian dahulu selepas tamat belajar tahun depan,” ujarnya yang kedengaran sangat pekat loghat Kedah itu.
Ada cerita di sebalik loghat Kedah Zack yang pekat. Apabila ke institusi pengajian tinggi, Zack banyak bergaul dengan rakan baru yang bukan orang Utara tanah air.
“Apabila berbual dengan mereka, saya susah benar nak menukar loghat, apatah lagi saya belajar di Pulau Pinang yang turut menggunakan loghat Utara.
“Oleh kerana pekat sangat loghat saya, kawan-kawan memanggil saya dengan panggilan Staq sebab saya berasal dari Alor Star. Sehingga sekarang saya dipanggil Staq. Ia dah jadi nama timangan tapi saya guna ejaan Stark agar kelihatan lebih menarik,” jelasnya...

p/s :betol ke nie sepupu aku??? waaaa...kenot go laa.. 
mari pakat gelak ramai2..KAHKAHKAH!

3 comments:

  1. wanjan..kezen ko ekh??
    kuikuikui..
    ley thn encem...kasik num??
    kakakakak~
    abes laa pas nie jd buruan mak2 jande!

    -tkahaziz-

    ReplyDelete
  2. haah...
    anak pakteh aku...
    sebaye jerr ngn kite...
    ptt laa raye taun lepas makteh aku
    dok cite beliau skrg rajen amek supplement.. berhabes duit,,
    nie laa hasilnye...kakakaka~
    adeh...mari gelak!
    no tepon xde!!(oishhh)

    ReplyDelete
  3. stark?
    mcm penah dengaq??

    ReplyDelete

comment anda amat dihargai.tq