Friday, January 28, 2011

apo nak di kato?


             Seorang suami yang baru sahaja dimarahi oleh bosnya ditempat kerja pulang dengan muka yang masam mencuka. Sudahlah dimarahi, kereta pula meragam di pertengahan jalan membuatkan hatinya panas dan marahnya membuak-buak. Sumpah seranah tak payah cakaplah. Segala mala perkataan keluar dari mulutnya.

            Setibanya dirumah, si suami yang hatinya terbakar ini tekejut besar apabila 2 biji pasu di hadapan rumahnya pecah berselerakan. “ada yang nak kena ni!” marahnya di dalam hati. Dari luar rumah kedengaran suara keempat-empat anaknya yang masih kecil bergelak ketawa. Kemudian, kedengaran suara yang si bungsu menangis dan menjerit-jerit meminta mainan dari abang dan kakaknya. Hati si suami makin membara.

            Lalu, dia pun menguakkan pintu.MASYAALLAH!! Barang mainan habis berselerakan dari tangga tingkat atas hinggalah ke bawah meja makan. Belum lagi cerita pasal TV yang sedang terpasang kuat tetapi tiada siapa pun yang menonton. Alas meja ruang tamu entah ke mana. Pinggan serta cawan kotor di atas meja makan. Sisa-sisa nasi goreng diatas lantai. Langsir berdekatan dengan tempat mereka bermain tadi, senget sebelah. Bara di hati suami sudah tak terbendung lagi. Seraya dengan itu, bertempiklah si suami dengan lantang menjerkah anak-anaknya. Muka macho si suami sudah bertukar menjadi seperti seekor singa yang kelaparan. Anak-anak sudah bertempiaran lari ke tingkat atas kerana takut dibedal oleh ayah mereka.

            Si isteri pula, yang sedang sibuk membikin masak lemak cili api ikan patin kegemaran suami kesayangannya itu juga turut terkejut mendengan jeritan si suami tadi. “mungkin abang penat” getus hatinya . Dia meneruskan aktiviti memasaknya itu. Niatnya cuma satu,untuk menggembirakan hati suaminya. Tiba-tiba si suami datang ke dapur dan terus mengherdiknya.
“AWAK NI,DUDUK DI RUMAH TAK BUAT APA-APA KE? ” tanya si suami dengan nada yang amat kasar.Cukup kasar hingga membuatkan hati si isteri terguris. Bergenang airmata si isteri sambil mengacau gulai lemak tadi.Tetapi belum sempat jatuh airmatanya. Si suami berkata lagi “ Rumah sendiri pun  tak pandai nak jaga!”. Aduh, kali ini benar-benar menguji kekuatan hatinya. Dia menangis tetapi si suami terus membuntangkan matanya.  Belum sempat si isteri berkata apa-apa, si suami terus berlalu meninggalkan rumah begitu sahaja.

**  **   **

            Keesokan harinya, si suami pulang ke rumah dari pejabat seperti biasa. Tapi kali ini dengan hati yang agak senang. Kerjanya di pejabat mendapat pujuian daripada bos. Setibanya di rumah , dia melihat pintu pagar rumahnya tidak bertutup, ampaian kosong.sehelai baju pun tiada. Pintu rumah juga terbuka luas. Suara kartoon bersiri Upin dan Ipin kuat bergema. Si suami memberi salam dan melangkah masuk. Tiba-tiba kakinya terpijak sesuatu,melekit!! rupa-rupanya roti yang masih terpalit jem strawberi betul-betul di hadapan pintu rumahnya. Botol susu yang mengandungi air Ribena juga tumpah dan dihurungi semut hitam.Bau mug yang berisi air milo yang sudah basi menusuk hidung. Yuckkkkss! Majalah dan buku-buku di rak habis berselerak dilantai. Baju-baju pula bertaburan diatas lantai tak ubah seperti kain buruk.

            Kelihatan si isteri sedang baring di atas sofa sambil makan kuaci.Kulit kuaci tak payah cakaplah!! Beliau dan anak-anak bergelak ketawa sambil menonton cerita kartun tersebut. Si suami naik berang! Naik minyak!! “ Hoi!! apa kau buat ni??!!!”  jerkah si suami. “ SAYA TAK BUAT APA-APA LAH!!” jawab si isteri dengan nada yang selamba tak bersalah.

Moral : hmmm.. apa pendapat anda??

Wednesday, January 5, 2011

kerana ku sentiasa ada kamu..



Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


p/s : muahhhh~

Tuesday, January 4, 2011

kapan??

 
 
 
 
 
 
A.P.R.I.L
 
 
 

...cantek bangett...


zoom
zoom in
zoom sket lagi
aaaaaaa.. kiri sket..
kanan sket kasi zoom
aaaaa..gitu2..

aish..
blom nampak lagi..
zoom sket lagi lah..
kasik up lagi gambar..
ahah..nampak x??

yesszaaaaa... hero kesahyangan nih..
lebih2 lagi yang JERSEY 10 tuh
aishhh..

MALAYSIA BOLEH..
whee~


p/s : i heart SAFEE SALI.. but, i heart ZULHILMI MUSTAFA more :)