Sunday, March 25, 2012

experience : induced labour


 Disebabkan anak ummi, si tembam Umar tengah tido dengan nyenyaknya. So, berkesempatan lah nak tulis pasal pengalaman diri sendiri menjadi ibu for the first time. Yelaa, ape2 yang first nih, mestilah susah nak lupa kan?? tak gitu? hee


Actually, Umar was due to see the world on 2/3/2012..tapi still xmo keluar.syiok gamaknya duk kat dalam boleh makan macam2..huhuhu. lepas jumpe midwife on 5/2/2012, dia set appointment for induction on 16/3/2012 (Friday)  at St.Catherine Ward! Royal Surrey County Hospital (RSCH) *gulp*

15/3/2012
malam tuh, CPM btol2 cuak memikirkan esoknya nak kene induce. CPM solat hajat mintak doa dipermudahkan segala urusan. Still takde tande2 yg baby akan wat kejutan last2 minute nih. huhuhu. Tapi, Jeng jeng jeng!!! about 11.00 pm camtulah, tetibe perut CPM rase pelik.sakit sikit. Waktu tuh, hubby tengah syiok melayan lagu jepun *tak tau nape?* aduhhh sakit! hubby CPM tanye, cube pergi check mane tau ade tande. Nah! tak semena mena rase ade bende keluar. Oh, ade darah! ok ok dah cuak. Hubby pon cuak jugak. Dia call midwife tanya pendapat tapi midwife suruh tunggu sampai ade contraction every 5 minutes. Tunggu punya tunggu, langsung takde sampai pagi tapi darah still keluar. 

16/3/2012
hari yg dijanjikan telah tiba. bangun punyelah awal sebab tido tak lena cuak sangat! Both of us pon bertolak ke hospital dengan harapan dapat deliver baby hari tuh. Appointment pukul 8 pagi. smpai je terus check in katil! perghhhhh! jam 9 pagi, datang sorang midwife yg cun nih, Alex Nicholl name dier, datang nak check bukaan cervix! OMG! aaaaaaaaaaaaaa tak sukenye! dier cakap masih takde bukaan! yelaa dah takde contraction kan? maka, dimasukkanlah sejenis ubat induction PROPESS, berupa sejenis alat bertali untuk induce labour. vaginally ok! perit gak lah! tahan tahan! kena tunggu 24 hours . Sejenis mesin Sonacid dipasang untuk tengok heart beat baby and tahap contraction. 

Malam tuh, hubby tak dibenarkan teman kat hospital.sedih gak laa. *menangis * kene tinggal sorang2. sampai pagi still xde ape2 contraction melainkan cramp dan sakit belakang. dalam pukul 1.15 pagi, terjaga dari tido, darah turun dengan banyaknya. cuak! mane tak cuak darah banyak kot keluar, tapi midwife cakap "that's normal symptom. u're doing great and the baby is happy" . huh! apekah?

17/3/2012
pagi tuh, midwife datang lagi check bukaan cervix, ok kene seluk lagi!! benci! 
ade progress cervix terbukak 1 cm! hah, kalau macam tuh lagi seploh hari laa nak beranak! huaaaa..
tunggu punya tunggu punya tunggu, langsung tak gerak2 cervix tuh. ape punye lamelah nak beranak nih. tapi, memandangkan encik hubby ade disisi, rase sabar tuh menebal lah dlm diri *thanks sayang, muahhhhh*
malam tu pulak pukul 7.30, satu jenis pil (prostin) kene insert vaginally and kena tunggu sampai sok pagi. but still no progress! *haih*

18/3/2012
midwife datang check cervix lagi ntah brape kali dah pon taktau! redha sajelah labuuuu. pukul 9.30 pagi, second dose of prostin kene insert masuk lagi sekali.  still not dilated! time nih rase mual2 datang and few times muntah. pasal prostin ke? pasal makanan ke? ntahnye! 

malam tu, barulah aku rasa contraction yang btol2. Allah jelaa yang tahu. rasa nak tercabut pinggang dengan punggung aku. aku cuba tahan tapi tak mampu. hubby suruh aku tido. mula2 contraction tu datang 8 minit sekali. lepas tu 5 minit sekali.sampai saat 2 minit sekali,air mata dah bejurai2.hubby bgitau midwife yg aku tgh sakit sangat.midwife datang check bukaan.dia cakap 3 cm. what??? nak tunggu terbukak 10 cm bile lagi nye? kesian dekat hubby, malam tu dia nampak risau sangat. tiap2 kali sakit dia urut2kan belakang dan pinggang CPM. waktu tu nak ckp pon tak boleh dah.CPM zikir dan sebut ALLAH banyak2 kali. mula laa teringat kat mak time nih. Sungguh perit time lahirkan CPM dulu. MasyaAllah.

CPM ngerang kesakitan malam tuh, midwife tanya nak pain relief tak? waktu tuh, CPM dah tak boleh tahan. CPM cakap nak. Malam tuh hubby dibenarkan stay kat hospital memandangkan CPM dah nazak. mungkin terberanak mlm ni jugak sebab contraction maha dasat. CPM dipindahkan ke delivery suit jam 1 pagi camtu. Hubby ikut sekali. Masuk sorang midwife tanya, nak enthanox or epidural. Dia tak suggestkan epidural sebab nanti susah nak push sebab tak sakit. So, hubby n me stuju pilih enthanox. Aku sedut gas tu dalam2. dunia tetibe jadi indah.chewah! jadi high je! seronok kemain aku sedut. hubby senyum je tgk aku.

waktu tu, hubby call abah. CPM ckp dengan abah yang CPM dah nak beranak and CPM mintak ampun salah silap dan halalkan makan minum CPM dari kecik sampai laa besar. Abah menangis. 

midwife check bukaan lagi. kali ni 5 cm. CPM dah happy. Miidwife pasang tiub di salur kencing and pecahkan air ketuban CPM. tapi CPM tak sedar pon sebab syiok sangat menyedut gas tuh.kikikiki. rase dunia indah je. gile arrrrr!
huhuhuhu waktu nih, midwife ckp baby rambut lebat. hihi

oh! tetibe contraction pon sampai.Subhanallah lagi dasyat! CPM nangis semahu mahunya. hubby suruh tahan! CPM dah rasa nak push. tapi midwife suruh tahan. mane boleh! 

pushhhhhh!

CPM nangis sakit pinggang nk tercabut sampai muntah2 dibuatnya. last2, CPM mintak epidural jugak. HUH!
lepas kene epidural tuh, barulah boleh senyum. CPM dan hubby dapatlah tido dengan jayanya. kesian hubby, pening2 kepala tak cukup tido. 

19/3/2012
CPM terjaga dari tido pukul 9.20 pagi.wahhhhh  nyenyak btol! CPM tgk mesin sonocaid, contraction dasat! tapi satu pon tak rase. dasat gila epidural nih. lepas tuh baru terpikir, mesti kang susah nak push! hmmmm.. redha2. dalam kul 10 camtu, tetiba rasa mual lagi.CPM muntah2. badan jadi sejuk.menggigil.sejuk sangat-sangat. midwife dtg check tempreture.OMG 38! CPM demam. bukaan cervix still 5 cm takde prgress. and paling sedih, heart beat baby makin rendah. CPM mula risau. sejuk makin kuat. Gigil makin menjadi2. Masuk 4 orang doktor . Doktor ckp, disebabkan CPM demam dan cervix tak dilate2 asik 5 cm je. dia takut baby kena infection memandangkan heart beat dia dah rendah. Diorang ckp kne buat emergency c-sect. Kami redha. 

jam 11.30 aku dan hubby dipindahkan ke OT. Heroin dicucuk dalam salur darah CPM. perghhhh dah penuh dadah dah badan nih. 3/4 Badan dah kebas. Sambil ditemani Hubby, CPM dibedah dan pada jam 12.31 CPM dapat dengar doktor cakap "it's a big baby". huhuhu

dan tetibe, terdengarlah tangisan baby dan airmata CPM jatuh. Alhamdulillah.
Lahirlah Umar  Al-Khalili b. Zulhilmi seberat 3.74 kg.



syukur.


p/s ; semoga Umar jadi anak yang baik dan soleh. terima kasih yg paling dalam buat suami tersayang, Zulhilmi Mustafa yang bertungkus lumus bersengkang mata menjaga isterinya. Alhamdulillah, nikmat yg tidak terhingga dari Allah yang mengurniakan 2 insan ini dalam hidupku. both of u are my heroes! MUAHHHHHH.SAYANG KETAT-KETAT!!



3 budak demok!
 huahuahua