Tuesday, June 28, 2011

wajah rahsia hati






salam alaik. 
Hari ini, saye rasa sangatlaa happy dan bahagia. yelaa..semalam encik jiwa saya demam kuat.temperature hampir 40 degrees. saya menangis bila tgk dia sakit.sebak hati saya. smalam encik jiwa mahu makan sup ayam dan bubur nasi. saye buatkan dengan penuh kasih sayang dengan harapan encik jiwa cepat baik. sebab hari ni, encik jiwa ade interview. kesian beliau. 

Bile suap encik jiwa makan, airmata saya jatuh. pertama kali saya tengok dia sakit. saya tak sampai hati. sampai petang, suhu badan beliau tak mahu turun. hati saya makin risau. saya buat apa yang termampu supaya beliau sihat semula. 

jam 4 pagi tadi, saya bangun. Perkara pertama saya buat, ambil termometer. Alhamdulillah. 37.2 degrees. saya tersenyum. tepat jam 630 pagi, saya kejut beliau, kali ni suhu badannya turun ke 37 degrees. 


kami pon bersiap sedia untuk ke London. Encik Jiwa ade interview . Saya berharap semua kan berjalan lancar. Saya tahu, beliau juga berharap begitu. 

Alhamdulillah.

Saya, Encik Jiwa, Encik Genius, Encik Alip dan Cik Ry menaiki tren dari Guilford Station ke Waterloo Tube Station. Mengikut kiraan, kitorang bakal sampai lambat ke tempat tevies tuh sebab tren jem. aduss! interview start kul 10! sume orang dah cuak! huhuhuhu


di waterloo pulak, satu kejadian yang agak lucu berlaku kepada Encik Genius dimana tiket tren beliau ilang.aduss.beliau terpaksa membayar GBP 27.20 untuk membeli tiket baru menggantikan tiket lama yang juga berarga GBP 27.20!! BAYANGKAN TERPAKSA MENGELUARKAN GBP 54.40 HANYA UNTUK KE LONDON!!

dan ape yang best, bile sampai ke MSS, teview start kul 12 tgh!! chettt!!


Alhamdulillah wat kesekian kalinya.semua berjalan lancar

now! PEKING DUCK TYME!! yummmmehhh!!


ok, jangan terkejut lak.nie harge untuk 6 orang makan!

dan selepas perot kenyang suke hati, mari window shopping! huhuhu..



p/s - dan ade satu lagi berita paling mengembirakan! nnti-nnti laa saya ceritakan!!
eksaited weyh!

Saturday, June 25, 2011

mee goreng + mussel yummmmeeeyhhh!


. salam .
phewww! baru pulang dari membeli belah barang-barang dapur bersama encik jiwa intan payung pengarang hati jantung meletop-letop kebabom <--- tgk syg how much i luv you, nampak x ? nampak x? hahaha.
dek kerana terlalu kusyuk membeli belahdi pasaraya Tesco itu, sebanyak GBP 56  telah dibelanjakan. dan menurut resit, kami telah save sebanyak GBP 12!! wah bagus kan Tesco?!

upssl, tunggu dulu kak kak siti dan abang abang mat,

jangan  tepuk dulu. Aku still tak boleh menerima kata-kata encik jiwa yang mengeluarkan statement
" janganlaa convert ke duit Malaysia, nnti tak makan apa-apa laa jawabnya ."
tapi jiwa dan perasaan ini tetap meronta-ronta. ye laa kalau kat tesco penang, lagi tak cukup seratus harga barang jangan balik. haa, ini baru 56. kire murah wooo! aku terus membuka yahoo finance laa macam biasa

tadaaa


 haa.amek kau RM 272.12 ye anak-anak mak sekalian .kalau kat USM dulu banyak ni dah boleh gi Queensbay tgk wayang 272 cerita. buang tabiat ape nak tgk sampai 272 cerita? haa, boleh soping sampai lebam habaq hang! 

meh kite list sket ape yang kite beli sampai banyak sangat tu.

roti, pita wraps, telor, nutella, mayonaise, cereals, cili merah, ayam segar, BBQ marinated chicken, mee, meehoon, potatoes, choc milk, ice-cream, shower gel, orangejuice, pisang, mixfruits,santan, cooking oil , cl***rb**e (usah ditanya ape ini), dannnnnnnnnn iniiiiii..



kalau korang bace entri ni, mesti korang tau kisah die. semenjak dua menjak ni, aku suke sgt minum carbonated drink. padahal lame dah tak minum. sebab abah aku tak bagi. huh! ape pon tak boleh!
bagi menunjukkan rase sayang dan chenta terhadap ishtrinya yg jelita itu, encik jiwa telah membelikan saye bukan satu tapi 16 tin ayaq pepsi habag hang!terbaik dari ladang!


wah3,serunuk weyhhhh.bukan takat minum ,nak wat mandi pon boleh. kakakaka.
siapa kata encik jiwa sweet dan romantik? sile angkat tangan!

walhal
BUY 1 SET- 8 x 330 ml (GBP 3.59) FREE 1 SET-8 x330 ml

gelak arr tuh?? gelak arr tuh?? tak kesah laa
janji encik jiwa belikan aku 16 tin pepsi
korang ado?
nan hadoooooo.

p/s - semalam dahi benjol,hari ni kaki tershepit..nasib nasib
haa. mee goreng + mussel?? mmg laa xde lagi. nie nak gi masak laa nie.. saba laa

tersenyum *sambil lihat kamu tido..chumel*





  saya bangun pagi.
     awal betul saya bangun hari ini
jam pukul 0324 pagi.
saya lihat ke luar jendela.
ohh! sudah terang benderang.
saya mahu update facebook.
saya nampak ada setin coke di atas meja.
juga sehelai tisu. tertera disitu

" Morning Kiss, this drink is for my wife.. I love You"
your dearest, abie
ohh! mengalir air mata saye.


******* sayang, awat you sweet sangat?! ******





Teddy Gram Note Generator

Thursday, June 23, 2011

semalam ada dua perompak! oh

umaang aihhh. penat sakan sampai lupa nak bagi salam. SALAM ALAIK semua. dek kerana aku taksub dan berfikiran agak hiperbola pagi ini aku menaip dengan berhati takut-takut encik jiwa bangun. kesian beliau. semalam aku dan encik jiwa berjalan-jalan menyusuri gelap malam. mengusung sebuah beg yang maha berat. entah apa isinya, biar kami berdua saja yang tahu. chet, poyo ko wanjan!

haha.senang citer kitorang mahu membasoh baju stok 3 minggu.kakakaka.ok stop! jangan bahan dulu ok! aku bukan malas tetapi kedai dobi yang paling dekat dengan tempat kediaman adelah berjarak 3 kilometer perjalanan kaki. tu baru kaki aku, kalau kaki lain aku tak tau menahu.

opss nnti.jangan bahan lagi!! mesti korang tny apsal tak basuh manual saje? suka saya ingatkan disini bahwa tiada tempat membasuh baju atau tempat menyidai baju disediakan disini. bukan aku taknak or malas basuh, malahan sifat keistrian aku meronta-ronta tiap -tiap hari nak basuh baju-baju tersebut. apakan daya niat suciku terhalang <---- lalalalala =)

berbekalkan lundrete debit card (perghh..bayar online tuh) kami tanpa segan silunye menggunakan 3 mesin basuh dan 2 bijik dryer. nak tunjuk kat customer lain yang kitorang kaya. kaya baju busuk sebenarnye. takyah nak bangge sangat wanjan!huhuhu.dah mesin-mesin tersebut mengambil masa 72min tiap satu untuk berputar. perghh! berjalanlah kaki semula ke tempat kediaman. agak2 kurus tak aku malam nih?

dan, sifat kegedikan aku mula teserlah apabila aku meminta encik jiwa membelikan aku setin cuma ayaq pepsi atau coke. sesekali ku rasa teringinnnn melewati hatimu yang dinginnnnn! nyanyi pulok! dan kesemua mesin gedegang telah membuat mogokan beramai2 ,semua out of service. deng!

demi ishtri tercinta dan yang cantik jelita itu, encik jiwa meneruskan perjalanan mencari mesin gedegang seterusnya untuk mencoba nasib.deng again! kali ini encik jiwa dirompak! ahhh tidak, sudahlah dahaga, berjalan jauh, coke xdapat, duit pula dirompak. mesin gedegang yang tidak berperikemesinan itu telah merompak harta suamiku sebanyak 1 pound! memanglaa 1 pound jer. tapi aku mule mengire-ngire dan convert ke ringgit Malaysia.

British Pound (GBP)
GBP£ 1£ 5£ 10£ 50£ 100£ 250£ 500
MYRRM 4.86RM 24.31RM 48.63RM 243.15RM 486.29RM 1215.74RM 2431.47

( bukti kukuh nih! muka baik suci takkan tipu pulak)

** oh. mesin itu merompak RM 4.86 dari kami. kalau kat Malaysia, mesti sudah kucarutkan mesin itu. ishh!
nate mung!!

** dan jika situasi ini berlaku di indonesia pula, sudah pasti aku pengsan kerana lebih kurang Rp 13789.37 ku dirampok begitu sahaja. tripple deng!

British Pound (GBP)
GBP£ 1£ 5£ 10£ 50£ 100£ 250£ 500
IDRRp 13789.37Rp 68946.86Rp 137893.72Rp 689468.62Rp 1378937.24Rp 3447343.11Rp 6894686.22



















notakaki - walaupon begitu, encik jiwa telah membuktikan sayangnye kepada ishtrinya yang jelita itu dengan mencari bukan satu malah 2 botol coke! thnks dear. u are  sweeter than i thought! kamu sudaa merompak hati saye. rompaklah daku banyak-banyak , i suke!sumber  daripada encik yahoo! finance .




































































































Monday, June 20, 2011

maafkan aku Zanna Azaman..

salam. ketika entri ini giat ditulis aku sedang menikmati diet coke dan i'm a jam doughnut monster.(padahal donat gule ade filling jem je pon) gile panjang laa name doughnut dier. tanpa ditemani suami yang pagi2 bute lagi ke London melawat rumah mahkota k******n. <----terbaek laa

dan ketika entri ini ditulis jugalah, 2 ekor tupai besar sedang melumpat dengan cerianya di luar bilik aku ini. wah3,kemain lagi ko xajak aku join skali.buhsan sungguh hidup bersendirian di bilik ini.

sebelum aku melalut lebih lame ,izinkan daku bercerita tentang lawatan aku ke suatu tempat yang membuatkan aku feeling2 princess naik kuda putih ditemani prince charmingnyaaaaa.. 


WARWICK CASTLE!!!!


perghhh..santek siyot castle die.masuk pintu gerbang je dah bunyi music ala ala citer merlin.
tau tak merlin?alaaa si warrior hebat kawan prince arthur tuh??
anda kenal? anda kenal ? tapi saya pasti Zanna Azaman kompom kenal jantan ini.
zanna, sile jangan jeles...kikikiki.


haa..tgk background kat blakang gamba tuh.itulaa warwick castle. terletak 8 batu perjalanan naik kereta atau bas dari stratford upon-Avon. (yang ni aku gugel..geografi malaysia pon xhengat nak hafal yang sini pule). pffftttt je!
 kalu jalan kaki aku xtau.  motor? jgn harap lah!  uk xde motor.serius! hihihi..

santek sangat castle dier.sejuk dan very historical. mat2 salleh kat sini still jage value dier. worker2 pulak attire cam warriors zaman dolu2 kala. this is best bro! and warwick castle nie laa citer merlin tu berasal. haaa..


dan ini adelah fenomena dimana sangatlaa ramai orang2 beratur nak masuk Merlin's Dragon Castle!
14 GBP per head jugaa laa mau masuk sini. kire2 kalau duit Malaysia (70 hengget) .
ok sile tutup mulut anda yang ternganga itu.saya tahu mahal dan saya juga xkuasa nak masuk! 

setelah berjalan2, kami masuk ke sini
ohoo..kecik laa pulak.nampakkah yg dibelakang itu?? nak besar klik gambar ye. Prisoners Walk.
seram nak mapuh dalam nih. since 1471, banduan disumbat kat dalm bilik bwh tanah. seram dowh.gelap semacam and scaryyyyy..


yang nie sangkar besi. gantung orang dalam tuh. pastu sesape datang boleh kelar kelar je ngn pedang. giler ahh.. dan sesape yangdihukum kat sini xbley escape sampai laa mati.
ouchhh!


ini pule gambar orang kene kurung dalam sangkar besi.. aaaa..kalau korang perhati betul2 bleh nampak rangsa manusia dalam tuh.. hoishh

ini pulak KINGMAKER.


disini banyak patung2 lilin yang maha real macam orang betul menunjukkan gaya hidup orang orang dalam istana zaman dahulu kala.bermula dengan kasta terendah sampai laa ketahap yang paling tinggi.

ini pula laluan masuk ke Dungeon dan survenir shop
"ENTER HERE ALL YA SINNERS"
maka dengan itu kami tak masuk..kakakaka..ngeng!

kami pergi memanjat ini pula sambil feeling2  Lord of the rings


dari puncak tower ini, kami nampak ini. wahhhhh!

dan kami feeling2 the cronicles of narnia pulaaa walaupon xdak snow..
pon boleyyy!

sebelum pulang, sempat laa tgk pertunjukan hebat abg robinhood memanah, pokcik encem dengan helangnye serta pertunjukan Trebuchet yang nampak ganas tapi secoet je fireball tu terbang..adeshhh!





dan adelah menjadi kebiasaan apabila ketempat sebegini.. mesti jua mau feeling2 hidup dizaman ini.. maka,
tadaaaaaaaaaa..

tak dapat jadi king and queen, jadi prisoner kene potong itu kapparaaaa pon sudaa memadai  =)

off with his headdddddd!!!

p/s - more pictures click here

Saturday, June 18, 2011

7 jam + mat salleh dreadlocks +tak sedar diri + masih ada yang sayang padaku + kali terakhir aku wat essay cam gini adelah ketika jawab soklan biodiversity dulu

Salam Alaik, well hello there gorgeous! lame gak tak update this blog. lupe nak bagitau wanjan dah ade kat UK skarang. mengikut jam kat tepi lappy nie, skarang tyme kat UK 0907 a.m. hurm bout 7 hrs lambat dari tyme kat Malaysia tercintun sane.huhuhu..

wat pengetahuan korang since the day wanjan sampai sini, 11th of June hari tu, jet lag blom habis2. tiap2 malam mengantuk pastu bangun awal nak mapuh! huhuh..kat sini  maghrib dier kul 2130 p.m (930 malam).. perghhhh.. kul 2030 malam (8 malam) still cerah macam 5 petang. Subuh lak kul 2 pagi. Terbaik lah! dah macam solat tahajjud sudaaa.

anyway ni nak kongsi satu cerita yg wanjan takley lupe sampai bile2 laa kater ko! my flight mase tuh kul 1500 ptg time malaysia. I naik kat LCCT . kat sane memang takde ape2 problem. sume berjalan lancar. bermule dari makan McD ngan mertua, check in luggage (14.5 kg) , amek boarding pass, passport checking, beli barang free duty sket ( lipgloss elizaberth arden..wakakaka) and sampai laaa naik flight. kat atas sane wanjan duduk ngan 2 wanita Malaysia. Sorang makcik warge emas yg nak gi London lawat anak die and sorang lagi Doktor yg gi bawak mak die vacation kat UK. <--kelas doktor nih!beliau pon kecek klate gok.. 2 jam pon berlau diatas flight itu..buhsan sungguh!! tapi seronok gak laa aku dok melayan baby2 mat salleh kat sebelah kiri aku tuh...chumell!! Georgina name dier..sooooooo adorable!!

5 jam pon berlalu. pergh takkan aku nak cite sume kot.letih aaaa.. sebenarnye aku tido.kikikiki. terjage pon sebab ade announcement ade air turbulance.perghh cuak gak flight tuh tergoyang2. aku pon amek laa chewing gum dari handbag..kang klu muntah malu laa kan. haaaa.. tak lame lepas tu,keadaan kembali normal.

"tingtongggggg. attention to all passangers" ..yeayyy aku taw dorang dah nak serve makanan! seronok benar aku sebab tgh lapar..hehehe.. Nasik Lemak tuuuuu ngn air mineral air asia. makan punya makan punya makan.sampai xleh cakap dah.gile kentang punye kenyang dah tuh aku termenung lagi.. haishhh.. 8 jam lagi nak sampai?! maigadddd.. mak rase nak gi terjun kapal terbang jah!

gua celik mata. gua tgk jam gua kat tgn kanan gua. jam menunjukkan kul seploh malam (waktu malaysia) , tapi skrang flight kat negara mana, aaa itu gua xtaw. gua belek kiri kanan. makcik dan doktor td tido bukan main sedap. gua pandang ank mat salleh td. tido juga sambil isap handkerchief dier. comel nak mapuh! gua tgk ade laa 2 mamat kulit hitam dok bace magazine. lagi sorang mat salleh muke cam stone cole steve austin dok teguk carlsberg. sorang minah salleh berambut dreadlocks ni pulak sibuk nok mintal rambut beliau sambil maen ipod touch 32MB dier. aku jadi semakin bosan.

jeng jeng jeng

ini part yang paling best aku nak cite kat korang
5 minit 43 saat lepas gua pandang ank mat salleh td. tido juga sambil isap handkerchief dier. comel nak mapuh! gua tgk ade laa 2 mamat kulit hitam dok bace magazine. lagi sorang mat salleh muke cam stone cole steve austin dok teguk carlsberg. sorang minah salleh berambut dreadlocks ni pulak sibuk nok mintal rambut beliau sambil maen ipod touch 32MB dier. aku rase nak pegi toilet.aku pon bangun

oh.ade orang dalam toilet.gua belagak macho tahan urine bladder gua dari menjadi semakin perit.

" miss.. miss.. r u ok??"
" can u hear me? "
" can someone bring me cold water and a towel please"

sumpah aku dengar ayat-ayat ni. aku rasa pipi aku kene tepuk dan tampar beberapa kali. aku bukak mata. oh, sangat ramai orang mengelilingi aku. macam2 warna kulit. sgt ramai sampai aku rasa bengong sekejap.aku pandang kiri kanan. sorang steward pegang kaki aku. sorang stewardess berambut perang ni pulak dok kipas-kipas aku. sorang lagi stewardess lap muka aku ngn towel yg maha sejuk itu. ade sorang pakcik warganegara malaysia niengipas2 jugak. aku jadi lagi tak paham. macam mane aku bleh baring atas lantai flight ni? kepala aku sakit sikit kat bahagian blakang.

" miss, do u travel alone?"
  aku mengangguk!
"do you take any medication?"
  aku jawab tak

tetibe salah sorang stewardess tu cube longgarkan buckle tali pinggang aku.pastu die bukak brooch selendang aku..  steward yang dok pegang kaki aku tuh tanya banyak soklan supaya aku sedar dari kebingungan aku itu.

" miss, where are you going? vacation?"
  i'm heading to London, attending my husband's graduation."
" oh really!"  sambil die pandang jari aku yg masih ade inai di kuku itu
" ouh, newly weds..congratulations!"
senyum kelat je laa aku sebab rase cam bengong2..

agak2 dalam 5 minit pastu dia tny aku boleh bangun ke tak.aku ckp aku boleh. ketige-tige airline crew tu pon tolong laa aku bangun. aku ckp aku nak masuk toilet jap. bile aku keluar steward tu tunggu kau kat luar pintu toilet
aku pon berjalan perlahan lahan ke seat aku.sume orang pandang.ok wanjan sudaa femes okayyy! hahaha..malu2, sepanjang perjalanan aku dok pening sorang2 bile masa ku pengsan.serius aku tak ingat langsung.yang aku taw aku tunggu orang kat depan toilet, sedar2 sudah terbaring kat lantai plane..adoii.. aku jem. 

 dorg cakap dalam doploh minit i pengsan.mak aiii..gilerrr ahhh,,seb baik aku celik balik.ishhh.. terkejut jugak bile die cakap seb baik aku bangun sebab nak landing kat stansted tu lagi 7 jam lebih. perghh!!

7 jam berlalu. ade announcement 30 min lagi nak mendarat.seronok sangat aku rasa. and ade quiz lak tetibe atas flight tu pasal formula one. so, ade laa beberapa mat salleh jawab soklan tuh and menang voucher dinner. Tetibe name aku kene panggil . ok cuak! aku pon pegi laa ke blakang, dan.....

"because u got fainted just now and u just got married and your husband's graduating.. we the crew of AirAsiaX would like to give u a present, 2 person dinner voucher at Renaissance Hotel KL."

ya rabbi, sungguh bertuah laa badan hari ni.
pengsan pon dapat hadiah

anyway thanks to all airlines crew yang tolong aku tadi. and kat sini aku realize even kite asal dari negara lain2, warne kulit xsame, agama pon berbeza.tapi humanity and rasa simpati  tuh masih ade. terharu siyot!
sepanjang aku dok berjalan nak gi check passport and claim luggage, passanger yang naik D72008 AAX semua dok tanya aku ok ke tak. SYUKUR KEPADA ALLAH.


dan aku nampak ini..

 weeehuuu..sampai sudaaa
-
-
-
-
-



 dan setibenye aku disitu , i got one big roses bouquet and a box of roches. surprised!!



p/s- bodek laa tuh lepas 30 minit lambat ambik i.. huhuhu.. ok i know it's not your fault syg, u sesat jalan and hujan! by the way i rase nak peluk u jer tyme nih..sebab i windu u sgt2.wheeee =) sile jage akhlak walaupon kat sini xde org kesah pong ko nak wat ape.huu

dan aku cam xmengerti macamana aku bleh pengsan tadi.20 minit lak tu.ishhh
tak logik sugguh.
tapi itulah yang berlaku

Thursday, June 9, 2011

kehadapan Zulhilmi Mustafa yang dirindui , disayangi dan digerami selalu :)





I never love BUS 




but this one..
I always Heart you
Air Asia AirBUS







okay.wanjan taw korang nak cakap wanjan jakun, ketinggalan zaman, outdated (ye aku taw same jer), kampung, desa, village dan sebagainye.enuff!

mengaku weyh..this is my second tyme naek flight. but this tyme, i'm going to UK bebeh:)
korang yelaa dah jemu dah naek ni kan?dah jadi cam keta korang jekk gi balik gi balik..huhuhuhu~

p/s :zulhilmi mustafa..sile tunggu sahye di sane okay :) i'll bring your milo and ikan bilis..keskeskes
xlame dah nak sampai.. huwaa


Thursday, June 2, 2011

korang mmg COOL kalau....



anda seorang yang baik hati??

pemurah?

penyayang?

suka membantu orang yang
 memerlukan bantuan? <---mmg laa kan? 

bijak?

berfikiran terbuka?

rajin dan dedikasi?

komited dalam memberikan bantuan?

-
-
-
-
-

DAN YANG PALING PENTING MEMILIKI AKAUN  FACEBOOK ??!


ANDALAH ORANG YANG 
SAYA CARI..
YAWWWWWWW :)

salam uolls.. i nak mintak tulun uolss VOTE for me..
actually wanjan join this one contest.. sesaje ngisi masa lapang :)

follow these simple step..

STEP 1
simply go to this link and LIKE the page.. 
(mengambil masa kire-kire 3 saat jerr)


STEP 2
LIKE the picture in this link. as simple as dat uolss
(dan ini mengambil masa 10 saat atau lebey, sbb korang akan rase terpegun jap tgk gamba tu yg santek lagi tertarik kau mmg da bomb..theeehee:)



ok,,tujerrr!! senang kan?!
marilaa beramai ramai tekan LIKE!

p/s: if ade masalah, repeat the steps again..wheeeeeee :)
thnks a lot babes and fellas~



muahhh!